Aku dilahirkan dan membesar di bumi Kelantan. Di sini, terdapat pelbagai buah ceri dan beri yang menjadi kegemaranku pada zaman kanak-kanak. Antaranya seperti buah kemunting, cherry Malaysia (atau aku panggil buah kerekup je), cermai, mulberry dan sebagainya. Strawberry biasanya mama beli kat supermarket je... Teringat plak kenangan mengutip buah-buahan kampung ni bersama sepupu2 di kawasan semak/belukar berhadapan rumah emak saudara di Kg. Alor Lintah, Jerteh, Terengganu, dan di belakang rumah nenek di Pasir Puteh dan Kota Bharu, Kelantan. Buahnya memang sedap dimakan,yang masak ranum tu, rasanya manis-manis masam, sedappp..(adoiiii...kecur liur). Tapi sekarang, kawasan2 ni semuanya dah naik bangunan dan pokok2 pun tiada lagi..sedih. Sekarang ni nak cari buah cermai makan dengan collek pun susah, apa lagi kemunting.
Nama Tempatan : Kemunting
Nama Saintifik : Rhodomyrtus tomentosa
Family : Myrtaceae
Nama Tempatan : Buah Kerekup / Cherry Malaysia
Nama saintifik : Muntingia calabura
Family: Muntingiaceae
Nama Tempatan : Ceremai / Cermai / Malay Gooseberry
Nama Saintifik : Phyllantus acidus
Family : Phyllanthaceae
Nama Tempatan : Mulberry
Nama Saintifik : Morus alba
Family : Moraceae
Dulu pandai sebut je cherry dan berry - buah yang kecik2, bulat2, manis2 masam, semuanya ceri bagi aku..Sekarang baru lah tahu maksudnya tu. Dari segi Botani, berry tu bermaksud fleshy fruit yang terbentuk daripada single ovary. Contohnya: buah anggur, tomato, pisang, tembikai, dan sebagainya. Keluarga citrus seperti oren dan limau pula adalah modified berry yang mempunyai kulit yang tebal dipanggil sebagai hesperidium. Cherry pula adalah buah2an daripada family Rosaceae, genus Prunus.
Berries
Jadi, kebanyakan buah yang kita panggil sebagai berry tu sebenarnya bukan lah berry dari segi definisi botaninya, tetapi terdapat di dalam salah satu kumpulan tersebut:
1. Drupes - buah yang mempunyai bahagian luar yang boleh dimakan [exocarp (kulit) dan mesocarp (isi)] membaluti endocarp (yang terdapat biji benih di dalamnya). Contoh: Plum, Peach, Cherry.
2. Pomes - buah2an yang dihasilkan oleh tumbuhan berbunga (Angiosperms) dari family Rosaceae, subfamily Maloideae. Contoh: Apples dan Pears.
3. Compound fruits - terdiri daripada i) Aggregate fruits (seeds from multiple ovaries of single flower), seperti Blackberry, Raspberry dan ii) Multiple fruits (fruits of multiple flowers that are packed closely together), seperti Mulberry.
4. Accessory fruits - Bahagian yang boleh dimakan tidak terbentuk daripada ovari. Contoh: Strawberry, di mana bahagian yg boleh dimakan terbentuk dari reseptakel. Terdapat seed-like achene pada permukaan buah.
First entry : harap boleh up date dengan maklumat2 yang lebih menarik pada masa akan datang, insyaAllah, wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment