Hari ni nak cerita sikit pasal open house Aidilfitri baru-baru ni. First time wat open house sendiri, fuhhh letihhh sampai sengal2 tulang. Tapi, gembira sebab ramai kengkawan yang hadir dan berpuas hati dengan makanan yg disajikan walaupun ala kadar je.. Selain satay yg ditempah di Restoran Lina, kami pertama kali cuba buat kuah laksa/laksam Kelantan. Alhamdulillah menjadi...sedap pulak tu.. Resepinya simple je, kami rujuk di http://resepi.mesra.net/Detailed/412.shtml. Ni lah rupa laksam nyer,,,
Menyelerakan tak??? hehe...yang nak cerita di laman Pokok Kita ni sebenarnya pasal Ulam-ulaman Laksam..Antaranya seperti Taugeh, Timun batang, Kacang Panjang, Daun Serai Kayu dan Bunga Kantan.
Sebelum tu,
Ulam merupakan gelaran kepada tumbuhan yang dimakan secara mentah atau sekadar dicelur (direndam sekejap dalam air panas) sebelum dimakan. Ulam diambil dari berbagai-bagai bahagian tumbuhan yang boleh dimakan, termasuk pucuk, daun, buah, ubi dan kadang-kadang bunga. Sayur-sayuran juga boleh dianggap ulam apabila dimakan sebegitu sahaja.Khasiat Ulam
Oleh kerana ulam dimakan secara langsung tanpa dimasak lama, kandungan galian seperti mineral dan vitamin di dalam ulam tidak termusnah oleh haba. Ulam juga membekalkan serat yang amat diperlukan oleh sistem penghadaman manusia. Serat memainkan peranan sebagai pengisi pada bahan buangan dan memudahkan pergerakan najis dalam saluran usus.Ulam juga memainkan peranan penting dalam perubatan Melayu dan kini pakar pengkaji perubatan barat juga turut mengakui khasiat ulam sebagai tambahan yang baik untuk badan. Sebagai contoh,
Nama Tempatan: Tauge / Kecambah
Nama Saintifik:Vigna radiata
Family: Fabaceae
Tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan. Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
Timun batang
Cucumis sativus
Cucurbitaceae
Kajian terbaru mendapati bahawa timun mempunyai lariciresinol, pinoresinol dan secoisolariciresinol iaitu 3 jenis lignan yang mempunyai pertalian sejarah penyelidikan yang kuat dalam mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan juga kanser seperti kanser payudara, ovari dan prostat. Ekstrak segar dari timun menunjukkan ciri-ciri antioksidan dan anti-radang. Selain itu, timun juga boleh menyegarkan kulit wajah. Sekiranya anda penat bekerja, kurang tido (sebab anak merengek malam2), berwajah kusam, jangan risau..bukalah peti sejuk dan ambillah sepotong timun. Hirislah beberapa keping dan yang selebihnya parutlah separuh kasar. Letakan timun yang diparut tadi ke wajah anda dan ratakannya. Hirisan timun tadi letakan dibawah mata anda, berbaring dan rehatkanlah diri anda selama 20 hingga 30 minit!. Nikmatilah kesegarannya... sambil menenangkan fikiran anda yang stress. Kulit anda pasti lebih segar setelah anda mencuci wajah anda. hehe mudahkan?
Bunga Kantan
Etlingera elatiorZingiberaceaePokok ini berasal dari Malaysia. Daunnya boleh digunakan sebagai ubat untuk menghilangkan bau hanyir badan dan rizomnya digunakan sebagai ubat untuk buang angin selepas bersalin iaitu dengan cara dimakan bersama sirih. Bunganya pula boleh mengekalkan awet muda apabila diracik halus dan dimasukkan ke dalam minyak wangi.
Daun Serai Kayu
Syzygium polyanthum
Myrtaceae
Jarang2 muncul dalam menu masakan kita. Khasiatnya boleh merawat gatal-gatal badan dan boleh jadikan ulam-ulaman untuk awet muda.
Pokok setinggi 30 m. Batang kelabu dan bersisik. Daun hijau kekuningan, setentang, eliptik, pangkal kuneat dan apeks akuminat. Bunga sesil dan berwarna putih. Buah jenis globus, berwarna merah jambu atau ungu apabila masak. Taburan ekologi: Tersebar luas di hutan tanah pamah.
Kacang Panjang
Vigna unguiculata
Fabaceae
Kacang Panjang mengandungi betakaroten, klorofil, vitamin B1 dan B2, serat serta pektin. Sayuran ini berguna untuk mengendalikan kadar gula darah, mengatasi hipertensi, memperkecil resiko stroke dan serangan jantung, meningkatkan fungsi organ pencernaan, menurunkan risiko kanser dan membantu mengatasi sembelit.
Sekian,,wallahhu'alam. :)